Thursday, December 17, 2009

chik& keluarga



ni gambar hasbullah bin hj.ahmad dan keluarganya.Hasbullah ni anak kepada pasangan hj.ahmad bin hj.ismail dan hajjah halijah bt.khatib hassan.hj.ahmad ni adalah bapa mertua kepada hj.muhammad baqi bin othman.hasbullah atau lebih dikenali dengan panggilan 'chik' berkahwin dengan lily (apasal la kome ni susah sangat nak ingat nama penuh orang yer...sori yerk,nanti kome cuba dapatkan) pada tahun 2000.awal milennium....makchik lily ni pulak asal KL...
setakat 16 dec 2009 mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu hasbi,batriesya dan yang keciknya.....kome tak ingat la...hehehe....nanti la kome mintak dia sms kome kat facebook...

senawi & keluarga



ni gambar keluarga mohd.senawi dan keluarga.senawi ni anak kepada pasangan harun b. mat dan maimunah bt. othman.isteri senawi ni namanya yusrina bt. yusof dari felda jengka 20.ayah si yusrina ni imam masjid felda jengka 20.setakat 17 dis 2009 mereka dikurnikan 2 orang cahaya mata perempuan iaitu alisya dan fakriyah.senawi ni sekarang berkhidmat di bandar pusat jengka sebagai doktor gigi swasta.klinik pergigian senawi....berhampiran dengan balai polis bandar pusat jengka.si yusrina pulak membuka perniagaan butik pengantin di jengka 20.sambil tu,sempat jugak sambung PJJ di kolej mentakab.

sabri & suhaila : rodong muhaimin



Ni rodong (kawan,saing) kome (kami).rodong keluarga.rodong ni dikenali pada pertengahan tahun 2003 bila kome menyewa sebelah rumah diorang.borak punya borak,rupanya diorang selang 2 kampung dengan kampung aki kome kat kg.seberang guai.kampung si sabri ni kat tok langit...tempat kome melepak masa jaman kome kecik-kecik aritu.kome kenal sedara-mara,rodong2 si sabri ni dan dia pun kenal sedara-mara dan rodong2 kome kat kg.tok langit tp,heran camana si sabri ni boleh kome tak kenal.masa tu dalam tahun 88-91....mungkin sebab si sabri ni jarang ada kat kampung agaknya.mungkin kerana dia tengah khusyuk belajar masa tu...
sabri ni kerja sendirian berhad....memasak pun pakar jugak.cakap aje nak makan apa.....berress!
Isterinya pulak satu qoryah dengan kome.umur pun sebaya kome...orang kg.paya ladang tp,kome tak pernah kenal dia selama duduk kat kampung.kenal kat rumah sewa ni lah mulanya.
dia sekolah agama arabiah chenor....sekarang pun berkhidmat di sekolah yang pernah menjadi tempat belajarnya...

Thursday, December 3, 2009

keluarga najwa

Najwa bt Muhammad Baqi adalah anak ke-4 pasangan Hj. Muhammad Baqi b. Othman dan Rokiah bt. Hj.Ahmad.Berkahwin dengan Ustaz Hj.Mujiburrahman bin Hj.Ishaq pada tahun 2001.
Memulakan pendidikan di Sekolah Keb.Bukit Bota Chenor.Kemudian Di Sek.Men.Agama Darul Anwar,Kg.Pulau Melaka,Kota Bharu,Kelantan sebelum meneruskan pengajian di INTIS Sri Gombak,Selangor sehingga ke peringkat ijazah.Sekarang mengikut suaminya melanjutkan pelajaran di Yemen.

anak-anak najwa bt mohd baqi

Anak-anak Najwa Mohd Baqi bersama suaminya Hj.Mujiburrahman bin Hj.Ishaq.
Dari kiri : Munajatul Uzma,Munajatul Ulya,Fidaurrahman dan Faidhurrahman.

gambar kenangan

gambar kenangan haji muhammad baqi bersama ahli keluarga dan saudara-maranya ditahun 60an sebelum beliau berangkat ke Makkah almukarramah untuk melanjutkan pengajian agama di sana.

Tuesday, December 1, 2009

Mak Itam Jah

Mak Itam Jah atau nama sebenarnya Khadijah bt Othman adalah anak ke-5 pasangan Othman dan Mariam.Berkahwin dengan almarhum Mohamad bin Long yang berasal dari Kerdau,Pahang.Hasil perkongsian hidup mereka,mereka dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu:

1.Mukhairul (K.Lumpur)
2.Safinah (Chenor,Pahang)
3.Musahir (Raub,Pahang)
4.Syazilah (K.Terengganu)