Showing posts with label Muhammad Baqi Othman. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Baqi Othman. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

gambar kenangan

gambar kenangan haji muhammad baqi bersama ahli keluarga dan saudara-maranya ditahun 60an sebelum beliau berangkat ke Makkah almukarramah untuk melanjutkan pengajian agama di sana.

Wednesday, November 25, 2009

Ayah De


Haji Muhammad Baqi bin Othman Dilahirkan pada tahun 1940 di Kampung Kening,Kertau,Pahang D.Makmur.Ibunya bernama Mariam bt Awang.Haji Muhammad Baqi mempunyai 7 orang adik beradik iaitu Zainuddin,Rokiah,Muhammad Baqi,Maimunah,Yusof,Khadijah dan Sidek @ Mustafa.
Dengan almarhumah isteri pertamanya iaitu Hajjah Rokiah bt Haji Ahmad,beliau dikurniakan 10 orang anak iaitu:

1.Abd.Fattah (meninggal kecil).
2.Abd.Muhaimin (Bukit Kemuning,Temerloh,Pahang).
3.Abd.Hafiz (Tmn Keramat,KL).
4.Najwa (Yemen - melanjutkan pelajaran)
5.Abd.Muez (Chenr,Pahang)
6.Abd.Barri (Tmn.Melewar,KL)
7.Husna (Chenor,Pahang)
8.Yusra (meninggal kecil)
9.Abd.Mujib (Yemen-melanjutkan pelajaran)
10.Abd.Khobir (Chenor,Pahang)

Almarhumah Rokiah bt. Hj.Ahmad adalah anak kepada Hj.Ahmad b. Hj.Ismail (bekas qadhi daerah Temerloh) dan almarhumah Hajjah Halijah bt. Khatib Hassan.Haji Ahmad adalah pesara guru nazir.

Manakala dengan isteri keduanya Huzaimah bt. Muhammad yang dikahwininya 2 tahun selepas kematian isteri pertamanya Hj. Muhammad Baqi dikurniakan 3 orang anak iaitu Abd.Salam,Wardah dan Safwa.