Assalamualaikum w.b.t. Hubungan kekeluargaan adalah satu nikmat kurniaan Allah s.u.b yang cukup besar dan sangat membahagiakan bagi mereka yang menghayati erti kekeluargaan.Sehubungan itu adalah sangat dialu-alukan kepada mana-mana 'warih-waroh' kome yang berada dimana saja di permukaan planet bumi ini untuk sama-sama menjayakan blog keluarga besar ini untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan yang sedia ada.Kome tau di luar sana masih terdapat ramai lagi para 'warih-waroh' yang kome tak pernah temui dan mungkin juga selama ini mencuba untuk menghubungi kome tetapi dibataskan oleh pelbagai batasan masa dan kerjaya.Sebarang cadangan,maklumat,gambar dan apa saja yang berkaitan bolehlah di emel kan kepada ourusrah@gmail.com. Salam ukhuwwah.
No comments:
Post a Comment